KONSEP DAN PENGERTIAN REKA BENTUK DAN MODEL KURIKULUM

 

FALSAFAH DAN DASAR PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH : ENCIK ZAINI BIN ABDULLAH
KONSEP DAN PENGERTIAN REKA BENTUK DAN MODEL KURIKULUM

Penegenalan

    Reka bentuk kurikulum merupakan satu alternatif prosedur dalam merangka, menerapkan, dan menilai suatu kurikulum. Manakala, model kurikulum ialah rujukan bagi membentuk kurikulum untuk sesuatu matapelajaran atau kursus baru yang akan ditawarkan di institusi pendidikan. Model dikatakan ialah satu entiti yang mengandungi beberapa komponen. Misalnya, sasaran dan hasil pembelajaran.

    Di Malaysia, Sistem Pendidikan Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan perkembangan pelajar dari sudut emosi, motivasi, pencapaian dan sebagainya. Hal ini bertujuan bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi mencapai hasrat melahirkan warganegara yang mempunyai keterampilan dan tanggungjawab selain daripada ingin tergolong dalam masyarakat minda kelas pertama.

Maksud Reka Bentuk Kurikulum

Reka bentuk kurikulum menumpukan kepada usaha sesuatu kurikulum itu dibina atau direka cipta, terutama dalam menyusun atur bahagian-bahagian yang terdapat dalam perancangan kurikulum. Istilah reka bentuk kurikulum yang kadang kala dipanggil juga sebagai organisasi kurikulum merujuk kepada penyusunan komponen-komponen dalam sesebuah kurikulum agar menjadi satu entiti yang tersendiri dalam menyelesaikan satu perkara atau isu yang penting. Jenis reka bentuk yang dipilih oleh seseorang guru bergantung kepada pendekatan kurikulum dan pegangan falsafahnya

Perdebatan Reka Bentuk Kurikulum

    Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994)

Maksud Kurikulum

    Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. 

    Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui Kementerian Pendidikan. (Wikipedia, ensiklopedia bebas). 

    Kurikulum berasal daripada perkataan Latin “currere” maksud “race course” atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud jelmaan. 

    Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan. 

    Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan


KONSEP KURIKULUM

  1. Dokumentasi khas dan panduan.
  2. Tumpuan kepada kaedah penyampaian.
  3. Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran.
  4. Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.
  5. Konsep yang tersirat.


FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM

  • Idealisme - Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir.
  • Realisme - Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat.
  • Paramatisme - Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.
  • Perianelisme - Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.
  • Essentialisme - Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran.
  • Progressivesme - Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan.
  • Rekonstrutionalisme - Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu.
  • Eksistentialisme - Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.

PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA

    Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven. Relevan dari segi pembangunan modal insan yang seimbang dalam menangani cabaran semasa dan masa depan.

    Transformasi kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4 aspek Pertama: Pembangunan Modal Insan, Kedua: Menghasilkan pelajar celik minda, Ketiga: Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat, dan Keempat: Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al bab. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.

    Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial. Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia.

    Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum dapat dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform. 

    Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak-hak individu dan kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangn dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna.


HALA TUJU KURIKULUM

1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan 

1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan 

1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan

1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development 

1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan

1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan 

1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah 

1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai 

1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa 

1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain 

1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan. 

1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah 

1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah 

1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah. 

1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan. 

1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah 

1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah 


Model- model Kurikulum

Hilda Taba (1962)

Stenhouse(1975)

Kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu. Kurikulum adalah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan dan penilaian.










Zais (1976)

Model ini menurut sejuml;ah guru dalam satu sekolah untuk mengorganisasikan dirinya dalam memperbaharui kurikulum. Staf pengajar bekerja dalam bentuk organisasi berstuktur atau bekerja sendiri-sendiri. Dalam model ini, pembaharuan kurikulum dicontohkan dalam satu skala kecil untuk diaplikasikan oleh para pengajar yang lain.



Orientasi Reka Bentuk Kurikulum 

Berpusatkan pelajar
 - Pembelajaran mengikut minat pelajar 
 - Organisasi kurikulum (minat, keperluan dan tujuan pelajar)
 - Berorientasikan aktiviti dan membina pengalaman 
 - Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum yang hendak               mereka pelajar 
 - Contohnya; Sukatan pelajaran harian

Berpusatkan masyarakat
 - Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat 
 - Berasaskan pemikir bahawa manusia sebagai makhluk sosial yang perlu hidup bersama dan ada             konflik 
 - Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelaskerana kurikulum hanya menekankan minat pelajar. 
 - Contohnya; Nilai dan norma masyarakat

Berpusatkan Akademik
 - Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan budaya 
 - Berorientasi kepada subjek dan pengetahuan 
 - Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek
 - Kurikulum berpusatkan isi kandungan (apa yang akan diajar) 
 - Contohnya; Kurikulum kebangsaan

Eklektik
 - Gabungan lebih dari satu pola dan orientasi kurikulum 
 - Contohnya; Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 Perkembangan Kurikulum 

Perkembangan kurikulum melibatkan tiga proses utama iaitu Perancangan , Pelaksanaan dan Penilaian. Ini dapat dijelaskan seperti rajah di bawah :

Pola & Orientasi Reka Bentuk Kurikulum

i) Berpusatkan akademik 

Ciri-ciri: 
- Menekankan pengetahuan,nilai dan warisan budaya 
- Beronterasikan kepada subjek dan pengetahuan 
- Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek 
- Kurikulum berpusat isi kandungan ( apa yang akan diajarkan) 
- Pengajaran melibatkan proses mengingat & memahami 
- Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut bab/topik) 
- Tersusun : menegak : ikut tahap kesukaran,mudah > sukar mendatar : antara disiplin ilmu 

Kekuatan : 
- Mudah untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian 
- Pendidik tidak perlu dilatih secara khusus 

Kelemahan: 
- Peranan pelajar pasif 
- Pengajaran fokus kepada pengetahuan 
- Pengajarannya yang terpisah-pisah bertentangan dengan kenyataan bahawa pengethuan berbentuk integrasi 

ii) Berpusatkan pelajar 

Ciri-ciri : 
- Fokus kepada individu > potensi 
- Pengajaran mengikut minat pelajar 
- Organisasi kurikulum (minat, keperluan da tujuan pelajar) 
- Berorientasikan aktiviti & membina pengalaman 
- Humanistik > pembinaan insan 
- Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum yang hendak               mereka pelajari. 

Kekuatan : 
- Motivasi belajar bersifat intrinsik
- Pengajaran melihat kepada perbezaaan individual 
- Aktiviti penyelesaian masalah untuk menghadapi kehidupan 

Kelemahan : 
- Lemah dalam komuniti dan sekuens bahan 
- Sukar diimplementasikan oleh guru biasa ( perlu guru khas) 
- Penekanan pada minat belum tentu sesuai untuk menghadapi realti 
- Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelas kerana kurikulum hanya menekankan minat pelajar

iii) Berpusatkan masalah 

 Ciri-ciri : 
- Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat 
- Berasaskan pemikiran bahawa manusia sebagai makhluk sosial yang perlu hidup bersama & ada konflik 
- Isi kurikulum berupaya masalah-masalah sosial/persekitaran 
- Mendatar : merentas pelbagai disiplin ilmu 
- Menegak : keupayaan selesaikan masalah 
- Kurikulum mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial & alam sekitar 
- Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah 
- Mengintegrasikan beberapa mata pelajaran 
- Lingkungan masalah dalam kehidupan & masyarakat 
- Masalah membentuk intipati kurikulum 
- Pelajar mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti, memahami, menganalisis dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan 

Kekuatan : 
- Pelajar memahami masalah 
- Pencegahan dari dalaman diri pelajar 
- Keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat 

Kelemahan : 
- Pelajar ingin mencuba walaupun telah memahami masalah 
- Menimbulkan masalah yang lebih besar 
- Kos lepas yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, keluarga, masyarakat dan negara

Prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum



Di bawah terdapat beberapa keterangan mengenai prinsip


Model Kurikulum Rasional oleh Tyler (1949) 

Empat Langkah/Persoalan 



Pengalaman Pembelajaran

i. Pengertian

    Pengalaman pembelajaran adalah interaksi antara murid-murid dan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh diberikan melalui keterlibatan pendengaran, penglihatan, perbuatan, kombinasi pendengaran, penglihatan, penglibatan dan perbuatan. Pengalaman tersebut berbentuk konkrit dan mudah difahami oleh murid dalam pembelajaran mereka. 

ii. Ciri-ciri

  • Setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar.
  • Kesinambungan : pengulangan menegak dari segi unsur-unsur penting kurikulum. 
  • Urutan : kaitan dengan kesimpulan. Ia menekankan betapa pentingnya pembinaan pengalaman yang baru berasaskan pengalaman yang lalu dan mendalami perkara-perkara yang dikaji serta mempengaruhi setiap tahap pengalaman pembelajaran
  • Integrasi : perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh untuk menolong murid supaya mendapat satu pandangan yang bersepadu cara beransur dan menentukan bahawa tingkah laku itu sejajar dengan perkara yang dikaji. 
  • Pengalaman pelajar harus sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai. Setiap tujuan akan menentukan pengalaman pembelajaran. 
  • Setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar. Mungkin dalam satu pengalaman dapat mencapai tujuan yang berbeza.

iii. Pelaksanaan 

  • Menentukan isi kandungan bagi mencapai tujuan kurikulum berdasarkan pengalaman yang telah dimiliki oleh pelajar. 
  • Bahan yang dipelajari disusun pada unit-unit yang dapat digambarkan. 
  • Urutan pembelajaran dapat memudahkan terhadap penilaian pembelajaran. 
  • Penyusunan pengalaman pembelajaran adalah secara dimensi menegak dan dimensi mendatar.

Prinsip Operasi Kurikulum Kebangsaan

    Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang menyeluruh dan sentiasa releven. Relevan dari segi pembentukan modal insan yang seimbang dari segi menangani cabaran semasa dan masa depan.pembentukan kurikulum perlu, berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4 aspek utama , pertama Pembangunan Modal Insan, kedua menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, ketiga pembentukan warga yang mampu menguasai ilmu, dan kemahiran , dan keempat program mendidik akal 987 dalam melahirkan pelajar yang seimbang. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan.Kurikulum yang dibentuk mestilah menyeluruh dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang seimbng agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari segi jasmani, intelektual, sosial dan rohani. Pembentukan potensi pelajar dapat meningkatkan sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut.Perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KONSEP DAN PENGERTIAN REKA BENTUK DAN MODEL KURIKULUM